28 January 2015

Rawatan untuk strok/angin ahmar

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?

Ya!

Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
  • Jurupulih Pertuturan
    • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Cara Kerja
    • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Anggota
    • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
  • Nasam - National Stroke Association of Malaysia

26 January 2015

Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:
  • Thrombotic/ischaemic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke1.jpg
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Haemorrhagic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke2.jpg
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

23 January 2015

Apa itu strok / angin ahmar

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
  • Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

21 January 2015

Apa Akan Terjadi Sekiranya Penyakit Diabetes Tidak Dikawal?

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
    • Otak
      • Angin ahmar
    • Buah pinggang
      • Kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

19 January 2015

Jom Cegah Dan Rawat Penyakit Kencing Manis

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
      alt
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

16 January 2015

9 Tanda Awal Penyakit Diabetes


Salam Sejahtera... Semoga apa yang kita lakukan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan memperoleh keredhaan dariNya. Tanda-tanda atau simpton diabetes / kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehingga pesakit tidak sedar mereka menghadapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengatahui tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa penyakit diabetes.

13 January 2015

Lebih 3 Juta Rakyat Malaysia Menghidapi Diabetes?

 

Salam Sejahtera... Semoga pembaca blog Formula Hidup Sihat ni sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak berkongsi maklumat mengenai penyakit kronik yang tidak asing lagi di negara kita ini iaitu DIABETES atau Kencing Manis. Berdasarkan petikan dari akhbar Utusan KonsumerGuide di atas, 3.4 juta atau 14.9% rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan bilangan penghidap penyakit ini sentiasa meningkat setiap tahun.
 

12 January 2015

4 Formula Hidup Sihat Sepanjang Hayat

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Formula Hidup Sihat. Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat. Di sini, saya ingin kongsikan 4 formula untuk sihat sepanjang hayat;
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres
Kenapa kita mesti mengamalkan cara hidup yang SIHAT?