13 January 2015

Lebih 3 Juta Rakyat Malaysia Menghidapi Diabetes?

 

Salam Sejahtera... Semoga pembaca blog Formula Hidup Sihat ni sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak berkongsi maklumat mengenai penyakit kronik yang tidak asing lagi di negara kita ini iaitu DIABETES atau Kencing Manis. Berdasarkan petikan dari akhbar Utusan KonsumerGuide di atas, 3.4 juta atau 14.9% rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan bilangan penghidap penyakit ini sentiasa meningkat setiap tahun.
 
FAKTA : Bilangan penghidap penyakit Diabetes bertambah seramai 12 orang dan 6 orang meninggal dunia setiap jam di seluruh dunia.


BAGAIMANA DIABETES BERLAKU?


Penyakit diabetes / kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan. Makanan yang kita makan ditukarkan kepada gula (glukos) dan masuk ke dalam saluran darah untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga kepada badan kita.

Bagi pengidap diabetes, organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak bertindak seperti biasa. Akibatnya, gula (glukos) tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan melalui air kencing. Inilah sebabnya penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

 

JENIS-JENIS DIABETES


Terdapat 2 jenis diabetes utama:
  • Diabetes Jenis 1 - Insulin Dependent Diabetes Mellitus
    • Terjadi apabila organ pankreas tidak dapat menhasilkan insulin langsung
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal glukosa dalma darah

  • Diabetes Jenis 2 - Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus
    • Terjadi apabila penghasilan insulin oleh pankreas berkurangan atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan baik (kerintangan insulin).
    • Kerintangan insulin adalah keadaan di mana jumlah insulin normal tidak cukup untuk menghasilkan tindak balas normal terhadap set lemak, sel otot dan sel hati.
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
    • boleh dikawal secara pemantauan pengambilan pemakanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat.
     
Semoga maklumat yang saya kongsikan hari ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sila like jika matlumat ini berguna untuk anda dan orang sekeliling anda yea..

Banyak lagi maklumat yang saya ingin kongsikan dengan anda mengenai penyakit Diabetes ni. Bagi anda yang mengidap Diabetes, jangan putus asa. Kuatkan semangat. Teruskan hidup ini seperti orang lain . Setiap penyakit ada penawarnya. Saya tahu anda telah banyak berusaha tetapi belum kehendakNya. Berdoalah bersungguh-sungguh padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penyembuh.

No comments:

Post a Comment