16 January 2015

9 Tanda Awal Penyakit Diabetes


Salam Sejahtera... Semoga apa yang kita lakukan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan memperoleh keredhaan dariNya. Tanda-tanda atau simpton diabetes / kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehingga pesakit tidak sedar mereka menghadapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengatahui tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa penyakit diabetes.

Berikut adalah 9 tanda-tanda penyakit diabetes yang perlu anda perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi yang mengalaminya biasanya tidaklah teruk. Ramai pesakit Diabetes Jenis 2 hanya menyedarinya setelah menghidapinya selama bertahun-tahun.

     1. Kerap Buang Air Kecil

 

Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil ,kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam.
   





 2. Haus/Dahaga yang berlebihan

Setelah badan anda kehilangan air, ia akan membuat anda rasa lebih dahaga. Walaupun anda telah minum air yang mencukupi sebelum tidur, rasa dahaga tetap juga tidak hilang.

     3. Mudah Letih dan Mengantuk

Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali seterusnya mengganggu waktu tidur anda. Anda akan berasa cepat letih dan mengantuk. Letih sepanjang masa mendorong anda menjadi cepat marah.

     4. Berat Badan Menurun Secara Tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat (3 kg dalam masa 2 bulan). Sesetengah orang mungkin berasa gembira tetapi ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat. Hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga lalu menguraikan lemak pada otot sebagai tenaga alternatif.

     5. Mudah Lapar

Apabila badan tidak mempunyai insulin atau  tidak bertindak balas dengan insulin seperti biasa, glukosa tidak dapat diproses dengan baik menyebabkan tahap gula dalam darah menurun. Apabila ini berlaku, badan anda memerlukan lebih banyak glukosa. Anda akan rasa mudah lapar.
     
    6. Luka yang Lambat Sembuh

Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan yang bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan sampai ke anggota badan.

     7. Penglihatan Kabur

Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta dan mata menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walau bagaimanapun, ia akan pulih semula setelah tahap gula dalam darah kembali normal. Sekiranya tahap gula dalam darah yang tinggi dibiarkan dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan kerosakkan kekal dan mungkin juga buta.

     8. Terdedah kepada Jangkitan Kulat

Wanita khususnya perlu berhati-hati dengan jangkitan yis (candiada) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi. Ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, ynag paling biasa adalah yis (candida) dan jangkita kulat yang lain.


     9. Kebas pada tangan dan kaki


Kesemutan, kebas, kesakitan membakar dan bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda saraf anda dirosakkan oleh Diabetes. Jika tahap gula yang tinggi tidak dikawal dalam tempoh yang panjang, kerosakan kekal pada saraf boleh berlaku.
     
     
     

Singgahlah sebentar di klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk menjalankan ujian untuk menilai risiko diabetes anda, mendapatkan rawatan dan maklumat dari yang pakar bagi mengubah gaya hidup anda sebelum terlambat. Tindakan pantas anda sekarang  akan membantu kehidupan anda pada masa depan.


Siapakah yang mempunyai RISIKO TINGGI untuk mendapat diabetes?

  • Berumur 35 tahun dan ke atas. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Gaya hidup yang tidak sihat dan aktif
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Sekiranya anda tergolong dalam kategori yang berisiko tinggi dan mengalami tanda-tanda awal penyakit ini, saya nasihatkan agar anda tidak melengahkan masa untuk menjalankan ujian di klinik kesihatan yang berdekatan.

Adakah maklumat ini bermanfaat kepada anda? Jika ya, sila like supaya kawan-kawan anda juga mendapat manfaat yang sama.. Sharing is Caring!

No comments:

Post a Comment