1. Bijirin penuh
atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks penuh khasiat
pemakanan: beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum
perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum
asli, biji barli, pulut hitam.
2. Sumber protein: ayam
kampung, ikan yang tak gatal dan bisa ( seperti kerisi, merah, tenggiri,
selar, siakap, jenahak, selayang, tamban ), telur kampong (2 biji
seminggu ).
3. Buah: epal, oren, betik, delima, jambu batu/air, anggur, pear, pic.
4. Kekacang: kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, kacang buncis, kacang panjang.
5.
Sayur dan ulaman: Taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang
pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun
ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai / kelo.
6.
Susu: Susu lembu segar, pasteur, steril, susu kambing, susu tepung
penuh krim asli Fernleaf 1 cawan sehari @ selang sehari, keju – sebagai
gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak / skim.
7.
Gula & manisan: gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar
cane), gula organic, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu
lebah asli, stevia - sebagai gantian gula pasir putih & susu pekat
manis.
8. Minyak & lemak: Minyak zaitun extra virgin,
minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak
sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran
terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter
minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah
tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.
*Nota: Untuk makanan no 6,7,8… ambil sedikit sahaja memadai untuk memberi khasiat tenaga, vitamin, mineral kepada tubuh.
05 March 2015
11 February 2015
Sakit Jantung Membunuh Secara Perlahan
Ramai orang ingat sakit jantung
biasanya membunuh dengan tiba-tiba. Malah, terdapat banyak kes di mana
mangsa tersebut mati tak mati, hidup tak hidup. Keadaan inilah yang
paling sengsara bagi pesakit dan ahli keluarganya. Ia memberi tekanan
kepada semua orang yang tersayang dari segi kewangan dan jiwa. Berikut
adalah satu kisah benar seorang pesakit sakit jantung yang
meninggal dunia 3 bulan yang lepas…
09 February 2015
7 Punca Tingkatkan Risiko Serangan Sakit Jantung
Jantung merupakan satu organ penting yang mula berfungsi sejak
lahir sehingga seseorang itu meninggal dunia. Ia pam darah untuk
membekalkan nutrien dan oksigen ke seluruh badan melalui rangkaian
saluran darah yang kompleks.
Terdapat 2 jenis sakit jantung, iaitu sakit jantung jenis kongenital dan bukan kongenital. Sakit jantung jenis kongenital terbentuk sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung. Manakala sakit jantung jenis bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti yang disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi.
Punca-punca yang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung adalah seperti berikut:
- Kekurangan Senaman
- Pemakanan yang tidak sihat.
- Tabiat Rokok
- Obesiti / Gemuk
- Kencing Manis / Diabetes
- Tekanan Darah Tinggi
- Tekanan Jiwa atau emosi
- Kekalkan berat badan sihat
- Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
- Mengekalkan cara pemakanan yang sihat
- Elakkan daripada rokok
- Cuba tenangkan fikiran dan mengekal emosi yang sihat
- Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah.
- Awasi paras kolesterol dalam darah.
06 February 2015
Tanda-Tanda Awal & Tindakan Pantas Sekiranya Mendapat Serangan Jantung
Berikut merupakan senarai tanda-tanda awal serangan sakit
jantung yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada anda
berkemungkinan mengalami serangan sakit jantung.
• Rasa susah nafas atau sesak nafas
• Rasa nyeri atau sakit yang pelik pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, punggung, mahupun gigi dan rahang.
• Rasa mual dan muntah-muntah
• Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa minit
• Berpeluh sejuk
• Pening kepala dan rasa hendak pengsan
Gejala serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Sebenarnya, kebanyakan serangan sakit jantung adalah berlainan daripada apa yang kita lihat di wayang filem. Terdapat juga orang yang melalui serangan sakit jantung tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sakit jantung yang menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tengah tidur.
Serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakannya kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasai tanda-tanda atau gejala awal tersebut lebih awal.
Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Serangan Sakit Jantung?
Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa. Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.
Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi talian kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.
Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya kepada nyawa diri dan orang lain.
04 February 2015
Serangan Sakit Jantung dan Serangan Strok., adakah ianya SAMA?
Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan
di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang
ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada
perkara yang sama.
Serangan sakit jantung adalah TIDAK SAMA dengan serangan strok Sungguh pun sakit jantung dan serangan strok berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kapilari darah tersumbat,. tetapikedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.
02 February 2015
Penyakit JANTUNG Pembunuh No. 1 Rakyat Malaysia
DEFINISI
Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.
28 January 2015
Rawatan untuk strok/angin ahmar
- Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
- Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
- Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
- Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
- Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
- Kawal tekanan darah
- Kawal tahap Kolesterol
- Kawal penyakit Diabetes
- Amalkan cara pemakanan sihat
- Berhenti merokok
- Kerap bersenam
- Menangani tekanan mental
- Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika
sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin
kekal.Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
-
Jurupulih Pertuturan
- membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
-
Jurupulih Cara Kerja
- mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
-
Jurupulih Anggota
- mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
- Nasam - National Stroke Association of Malaysia
26 January 2015
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar,
sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat
di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:-
Thrombotic/ischaemic stroke
- Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
-
Haemorrhagic stroke
- Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
23 January 2015
Apa itu strok / angin ahmar
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:- Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
- Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
- Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing manis
- Paras kolesterol tinggi
- Merokok
- Berat badan yang berlebihan
- Cara hidup tidak aktif (sedentari)
- Tekanan/stress
- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
- Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
21 January 2015
Apa Akan Terjadi Sekiranya Penyakit Diabetes Tidak Dikawal?
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ
bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul
ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit
kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
- Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
-
Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
-
Mata
- Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
-
Saraf
- Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
-
Otak
- Angin ahmar
-
Buah pinggang
- Kegagalan buah pinggang
-
Jantung
- Sakit jantung
-
Mata
19 January 2015
Jom Cegah Dan Rawat Penyakit Kencing Manis
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam
darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah
berikut:
-
Mengawal pengambilan makanan
- Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
-
Melakukan senaman fizikal
- Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
-
Ubatan
- Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
- Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
-
Penjagaan secara umum:
-
Penjagaan kulit
- Mandi setiap hari
- Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
- Merawat luka dan calar dengan segera
- Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
-
Penjagaan kaki
- Basuh kaki setiap hari
- Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
- Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
- Potong kuku jari kaki secara lurus
- Tukar stokin anda setiap hari
- Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
- Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
-
Penjagaan kulit
-
Mengawasi diri sendiri
-
Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah.
sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu
keberkesanan cara anda mengawal diabetes
-
Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah.
sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu
keberkesanan cara anda mengawal diabetes
- Penjagaan gigi
- Kerap menjalani pemeriksaan mata
- Mengelakkan minuman keras
- Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:- Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
- Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
- Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
16 January 2015
9 Tanda Awal Penyakit Diabetes
Salam Sejahtera... Semoga apa yang kita lakukan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan memperoleh keredhaan dariNya. Tanda-tanda atau simpton diabetes / kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehingga pesakit tidak sedar mereka menghadapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengatahui tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa penyakit diabetes.
13 January 2015
Lebih 3 Juta Rakyat Malaysia Menghidapi Diabetes?
Salam Sejahtera... Semoga pembaca blog Formula Hidup Sihat ni sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak berkongsi maklumat mengenai penyakit kronik yang tidak asing lagi di negara kita ini iaitu DIABETES atau Kencing Manis. Berdasarkan petikan dari akhbar Utusan KonsumerGuide di atas, 3.4 juta atau 14.9% rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan bilangan penghidap penyakit ini sentiasa meningkat setiap tahun.
12 January 2015
4 Formula Hidup Sihat Sepanjang Hayat
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Formula Hidup Sihat. Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat. Di sini, saya ingin kongsikan 4 formula untuk sihat sepanjang hayat;
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Lakukan aktiviti fizikal
- Belajar menangani stres
Kenapa kita mesti mengamalkan cara hidup yang SIHAT?
Subscribe to:
Posts (Atom)

