11 February 2015

Sakit Jantung Membunuh Secara Perlahan

Ramai orang ingat sakit jantung biasanya membunuh dengan tiba-tiba. Malah, terdapat banyak kes di mana mangsa tersebut mati tak mati, hidup tak hidup. Keadaan inilah yang paling sengsara bagi pesakit dan ahli keluarganya. Ia memberi tekanan kepada semua orang yang tersayang dari segi kewangan dan jiwa. Berikut adalah satu kisah benar seorang pesakit sakit jantung yang meninggal dunia 3 bulan yang lepas…

09 February 2015

7 Punca Tingkatkan Risiko Serangan Sakit Jantung

Jantung merupakan satu organ penting yang mula berfungsi sejak lahir sehingga seseorang itu meninggal dunia. Ia pam darah untuk membekalkan nutrien dan oksigen ke seluruh badan melalui rangkaian saluran darah yang kompleks. 

Terdapat 2 jenis sakit jantung, iaitu sakit jantung jenis kongenital dan bukan kongenital. Sakit jantung jenis kongenital terbentuk sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung. Manakala sakit jantung jenis bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti yang disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi.

Punca-punca yang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung adalah seperti berikut:
  • Kekurangan Senaman
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Tabiat Rokok
  • Obesiti / Gemuk
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Tekanan Jiwa atau emosi
Cara-cara mencegah serangan sakit jantung
  • Kekalkan berat badan sihat
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Mengekalkan cara pemakanan yang sihat
  • Elakkan daripada rokok
  • Cuba tenangkan fikiran dan mengekal emosi yang sihat
  • Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah.
  • Awasi paras kolesterol dalam darah.

06 February 2015

Tanda-Tanda Awal & Tindakan Pantas Sekiranya Mendapat Serangan Jantung

Berikut merupakan senarai tanda-tanda awal serangan sakit jantung yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada anda berkemungkinan mengalami serangan sakit jantung.

• Rasa susah nafas atau sesak nafas
• Rasa nyeri atau sakit yang pelik pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, punggung, mahupun gigi dan rahang.
• Rasa mual dan muntah-muntah
• Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa minit
• Berpeluh sejuk
• Pening kepala dan rasa hendak pengsan

Gejala serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Sebenarnya, kebanyakan serangan sakit jantung adalah berlainan daripada apa yang kita lihat di wayang filem. Terdapat juga orang yang melalui serangan sakit jantung tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sakit jantung yang menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tengah tidur.

Serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakannya kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasai tanda-tanda atau gejala awal tersebut lebih awal.

Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Serangan Sakit Jantung?

Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa. Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.

Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi talian kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.
Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya kepada nyawa diri dan orang lain.

04 February 2015

Serangan Sakit Jantung dan Serangan Strok., adakah ianya SAMA?

Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

Serangan sakit jantung adalah TIDAK SAMA dengan serangan strok Sungguh pun sakit jantung dan serangan strok berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kapilari darah tersumbat,. tetapikedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.

02 February 2015

Penyakit JANTUNG Pembunuh No. 1 Rakyat Malaysia

DEFINISI


Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.