Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan
di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang
ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada
perkara yang sama.
Serangan sakit jantung adalah TIDAK SAMA dengan serangan strok Sungguh pun sakit jantung dan serangan strok berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kapilari darah tersumbat,. tetapikedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.
Serangan Sakit Jantung
Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat.
Apabila sel-sel otot jantung kekurangan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.
Serangan Strok
Bagi serangan strok pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.
Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.
No comments:
Post a Comment