Terdapat 2 jenis sakit jantung, iaitu sakit jantung jenis kongenital dan bukan kongenital. Sakit jantung jenis kongenital terbentuk sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung. Manakala sakit jantung jenis bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti yang disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi.

Punca-punca yang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung adalah seperti berikut:
  • Kekurangan Senaman
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Tabiat Rokok
  • Obesiti / Gemuk
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Tekanan Jiwa atau emosi
Cara-cara mencegah serangan sakit jantung
  • Kekalkan berat badan sihat
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Mengekalkan cara pemakanan yang sihat
  • Elakkan daripada rokok
  • Cuba tenangkan fikiran dan mengekal emosi yang sihat
  • Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah.
  • Awasi paras kolesterol dalam darah.